Friday, November 6, 2009
Perpaduan
Sekadar gula-gula dan buat manis mulut..
Gerakan dan halatuju politik ni sebaiknya bermula dari bawah..
Kalau kuat harapan dan hajat org bawah,maka kuat la peluang berjaya..
Tapi kalau sekadar mainan dan buah politik org atas-atas..
maka tinggal begitu aja ..
Sebagai contoh, cuba lihat di kampung-kampung, taman-taman,
kuat sangat ka minat berbaik-baik???
Jadi, samada PAS atau UMNO, sebelum nak cakap soal ni,
tengok dulu la anak buah masing-masing...
Kalau berhajat sangat, usahakan supaya timbul kesedaran di
peringkat bawahan terlebih dahulu..
Tapi rasanya dalam muktamar PAS aja ada usul,
dlm AGM Umno ...mana ada ???
Jadi dah jelas dari awal akar umbi UMNO tidak berminat..
itu yang fakta..org PAS kena ingat tu...
Thursday, May 14, 2009
BN-umeno hampir kancur
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
CYBERJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) mengemukakan undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin jika mempunyai suara majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.
Beliau berpendapat, BN akan kalah jika DUN dibubarkan untuk memberi laluan bagi pilihan raya baru.
"Kalau nak buat pilihan raya, kita sudah tahu apa kesudahannya.
"Pakatan akan menang jadi mengapa kita nak adakan pilihan raya, tapi itu hanya pandangan saya. Saya tak buat apa-apa survey, undian. Ia hanya pandangan saya selepas melihat perkembangan di Bukit Gantang dan juga cakap-cakap dengan orang," katanya selepas menyampaikan ucapan bertajuk 'Malaysia - Today Knowledge Economy' di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai cadangan beberapa pihak untuk mengadakan pilihan raya negeri bagi menyelesaiakn krisis di Perak.
Bekas Perdana Menteri itu juga berkata, rakyat hari ini sudah bosan dengan pilihan raya kecil.
"Rakyat 'sakit' dengan pilihan raya...lagipun ia akan menggunakan wang yang banyak untuk pilihan raya," katanya.
Mengulas lanjut mengenai krisis pertukaran Menteri Besar di Perak yang masih belum selesai, beliau berkata, isu itu perlu diselesaikan dengan segera kerana ia akan memberi pandangan yang negatif terhadap dunia luar.
"Tak elok bile dunia asyik tengok kita sentiasa bertukar Menteri Besar di Perak.
"Mula-mula kata anda bukan lagi Menteri Besar.
"Esok pula kata, keputusan itu tak boleh digunapakai lagi, perlu beri masa...ini macam permainan musical chair...ia tak baiki," katanya.
Friday, March 27, 2009
Tuesday, March 10, 2009
bagus jugak otak hishamudin rais
Hishamuddin Rais Feb 3, 09 10:51am
Saya hanya membaca berita di akhbar tentang kisah lembu-lembu korban yang membawa padah politik kepada Menteri Besar Selangor. Ketika ini kisah lembu-lembu korban ini masih belum mengenap dan pasti tidak akan mengenap untuk sementara waktu.Tetapi dalam melihat kes lembu-lembu ini, ada satu perkara yang wajib kita sama-sama teliti. Perkara ini ialah pemahaman kita sendiri tentang amalan dan konsep "korban" ketika Hari Raya Haji. Di sini saya berani berkata bahawa pesta korban di pagi Hari Raya Haji yang sedang meresap dalam budaya Melayu ini tidak ada sangkut-paut dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad.Saya berani berkata demikian berasaskan penelitian dan pengkajian saya.
Pada satu ketika dahulu - lembu, kerbau atau kambing amat jarang dikorbankan di masjid di kampung saya. Mukim dan warga kampung saya bukanlah warga yang mewah.Jadi jika ada korban lembu di pagi raya, maka kami bersyukur kerana ada si polan yang panen padinya telah melimpah ruah. Atau harga getah telah melonjak naik.Lembu akan dikorban sesudah selesai sembahyang di pagi raya. Daging korban Raya Haji ini akan diagih-agihkan terutama kepada mereka yang kurang bernasib baik – mereka yang amat jarang merasa nikmat makan daging. Tetapi ini amat jarang berlaku. Dua tiga tahun sekali mungkin ada yang berkorban. Mungkin dua tiga tahun berikutnya langsung tidak ada. Ada atau tidak lembu yang dikorbankan tidak pula mengganggu sambutan penduduk kampung terhadap hari Raya Haji. Apa yang kami pentingkan bukan lembu-lembu tetapi untuk sama-sama merayakan hari kebesaran agama. Justeru, tidak pernah ada orang kampung saya menjadi lembu atau mendahulukan lembu-lembu daripada berhari raya.
Sekarang ini lembu-lembu semakin banyak. Kita semakin dikelilingi oleh para lembu. Lembu-lembu ini kelihatan sama banyaknya dengan kemunculan kontraktor kelas F daripada gerombolan United Malays National Organisation. Sehinggakan, kebelakangan ini terutama di musim Raya Haji amat susah hendak kita membezakan yang mana lembu dan yang mana kontraktor kelas F. Akhirnya budaya melembu dan membawa lembu-lembu ke masjid ketika hari Raya Haji ini semakin tersebar luas. Saya pernah terbaca dua tahun dahulu – ada sebuah masjid di utara Semenanjung – telah menjadi masjid lembu kerana ada 150 ekor lembu yang berkumpul untuk dikorbankan. Rasanya bertong-tong darah lembu mencurah-curah di sekitar masjid. Maka semakin ramailah warga yang mendapat rezeki daging lembu.
Kerana lembu-lembu ini telah semakin banyak dan dilihat tidak lagi istimewa, maka ada pula lembu yang ingin menjadi unta! Binatang ini disabitkan dengan padang pasir. Padang pasir disabitkan dengan Arab Saudi. Arab Saudi pula disabitkan dengan tanah kelahiran Muhammad. Lalu, lembu-lembu ini melihat - jika menjadi unta - adalah lebih afdal daripada menjadi lembu. Yang pelik tetapi benar, unta ini ialah unta-unta yang bukan penduduk asli dari bumi Ibnu Saud. Unta ini telah didatangkan khusus dari benua Australia, bukan unta Arab. Unta-unta ini diharap akan menambahkan lagi "kesucian" korban di pagi raya. Unta-unta ini juga akan menjemput borak-borak kosong daripada orang-orang kampung tentang si polan dan si polan yang dulunya "lembu" tetapi telah mendapat projek, maka telah berupaya menjadi unta. Inilah kisah lembu-lembu Melayu yang ada kereta besar dan sudah pandai menjadi unta!
Di sini saya ingin nyatakan sekali lagi: tiadalah perkara yang paling bodoh untuk dilakukan melainkan meniru dan membuat apa yang telah dibuat oleh musuh kita. Dalam kisah lembu-lembu di Selangor ini, rasa saya adalah paling tidak bijak jika kerajaan Pakatan Rakyat meneruskan budaya yang telah diteroka dan dikembangkan oleh musuh mereka. Musuh kerajaan Pakatan dalam konteks kerajaan Selangor ialah Barisan Nasional. Taiko gerombolan Barisan Nasional ialah United Malays National Organisation.Budaya lembu yang diamalkan oleh United Malays National Organisation ini saya yakin tidak ada bersangkut-paut dengan niat dan cita-cita untuk bersedekah jariah di pagi raya. Ahli-ahli gerombolan menghadiahkan lembu-lembu ini dengan tujuan memperlihatkan kepada orang Melayu/Islam tentang betapa waraknya dan sucinya kehidupan mereka. Mereka menjadikan lembu-lembu ini sebagai jurucakap dan warga contoh tentang betapa tebalnya keislaman mereka. Sehinggakan mereka sanggup bersedekah kepada fakir miskin.
Tetapi mereka buat-buat tidak sedar. Punca kemiskinan itu datang daripada lembu-lembu ini juga. Lembu-lembu inilah yang merampok tanah rakyat. Lembu-lembu ini jugalah yang menjadi "subkontrakor" yang membuat sekolah yang akhirnya runtuh-rantah. Lembu-lembu ini juga yang membuat hospital yang tidak boleh diguna pakai. Lembu-lembu ini juga yang merembat duit rasuah dengan harga mark-up yang tinggi terhadap apa sahaja kontrak daripada kerajaan. Di pagi hari Raya Haji, lembu-lembu ini menyucikan diri datang ke masjid dengan unta-untanya.
Dalam pentabiran moden, dalam konteks Selangor dan Malaysia hari ini, saya rasa bukan tugas sebuah pentabiran kerajaan untuk memberi sedekah kepada warga. Kita bukan lagi hidup di zaman Harun Aminul Rashid di Baghdad yang keluar menyamar di waktu malam sambil bertanya-bertanya tentang kesusahan penduduk. Bersedekah menaburkan duit di jalan-jalan raya pada zaman ini akan dilihat lucah.
Dalam pentabiran daulah moden, seharusnya ada lembaga-lembaga yang diwujudkan untuk memastikan tidak ada warga yang tercicir, daif dan hidup dalam kebejatan. Mendirikan dan memastikan lembaga-lembaga ini memiliki dana yang cukup untuk menjaga kebajikan orang ramai adalah tugas pemimpin dan pentabiran sesebuah kerajaan. Malah, inilah yang diajukan oleh Islam dan agama-agama lain agar membuat kebajikan antara kita sesama manusia.
Menyembelih lembu setahun sekali akan dilihat sebagai propaganda kosong. Bukan daging lembu yang seharusnya diberikan oleh sebuah kerajaan moden seperti di Selangor. Memberi daging lembu untuk warga tidak akan menyelesaikan masalah. Daging lembu ini mungkin hanya cukup untuk dibuat rendang dan kurma untuk dua kali makan. Kehidupan warga lebih daripada sekadar kari lembu atau rendang lembu.Memang tepat anak-anak syarikat kerajaan negeri Selangor wajib memiliki tanggungjawab sosial.
Pada hemat saya, memberi daging lembu bukan khidmat sosial. Khidmat sosial ialah memberi dana kepada lembaga-lembaga NGO, badan-badan seni budaya, badan- badan amal yang membolehkan khidmat-khidmat sosial ini akan berterusan sepanjang tahun. Harus para pemimpian kerajaan Selangor menyoal diri mereka sendiri: Jika lembu untuk hari Raya Haji, binatang apa pula untuk Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Hari Vesak? Pertanyaan ini perlu kerana warga Selangor terdiri daripada pelbagai agama dan kepercayaan. Jika ini ada dalam kepala, maka inilah contoh kerajaan adil untuk semua.Lebih tepat lagi sebuah kerajaan yang adil akan berusaha untuk mendidik warganya tentang cara dan teknik memelihara lembu; menyediakan kawasan-kawasan ragut untuk penternakan lembu. Bukan membuat kerja macam lembu, tetapi melahirkan ladang-ladang lembu yang dapat terus-menerus menyedikan bahan makanan.
Sayugia diingati rakyat tidak hendak menjadi lembu. Rakyat juga tidak hendak pemimpin lembu. Rakyat juga tidak selesa jika menteri besar dikelilingi oleh lembu-lembu. Rakyat tidak hendak agihan daging lembu setahun sekali di pagi hari Raya Haji.Apa yang wajib diagihkan kepada rakyat ialah keadilan, ketelusan dan kesaksamaan dalam sesebuah pentabiran. Rakyat hendak kerajaan yang berkiblatkan kebajikan bukan kepada lembu. Jika ada susuk-susuk yang sedang berkeliaran menjadi lembu atau membawa taukeh-taukeh kontrak lembu, maka mereka ini wajib dikorbankan. Inilah jenis lembu-lembu - jika dikorbankan - rakyat pasti akan bertepuk tangan gembira. Korbankan mereka sekarang sebelum rakyat melembukan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.
Sunday, March 8, 2009
CYBER DAN REALITI
Tapi rata-ratanya pengecut dan penakut tahap Gaban.
Bila dicabar bagi nama sebenar dan alamat, semua takut nak bagi.
Bukankah selama ni umeno berselindung di sebalik perisai FRU, jadi
apa yang nak takut bila aku nak jumpa.. kata jawa kampung aku;
FACE TO FACE ...
cerita dari Al Islam di TKO.net
"
TIADA siapa yang tahu tentang wanita ini. Namanya bukanlah sepopular nama penyanyi mahupun pelakon tanah air. Dia juga bukan seorang pemimpin wanita yang tersohor. Tetapi hanya seorang gadis kampung berketurunan Melayu dan beragama Islam.Hidup sebagai gadis kampung di zaman Jepun, tiada siapa yang ambil tahu tentang kisah hidupnya.
Entah dari mana jalur keturunannya, tiada siapa yang dapat menjelaskannya. Tetapi dia adalah wanita Islam yang diberi amanah untuk menjaga kawasan perkuburan Yahudi yang tertua di Pulau Pinang, dengan upah RM45 sebulan (nilai yang cukup besar pada waktu itu).
Al Islam terus mencari maklumat tentang Fatimah Rabu daripada penduduk Pulau Pinang. Tetapi selain latar belakang yang kabur dan pekerjaan , yang `pelik’, kehidupan peribadi Fatimah Rabu, khususnya perkahwinannva, menimbulkan tanda tanya.
Sememangnya dia adalah wanita Melayu yang cukup ‘misteri’. Fatimah dikahwinkan oleh seorang rabai Yahudi! Lebih memeranjatkan, Al Islam diberitahu, jodoh wanita ini ialah seorang jejaka India yang menganut ajaran Hindu! Sekali lagi persoalan demi persoalan berlegar di benak fikiran. Apakah benar cerita yang ’dihidangkan’ kepada penulis ketika berpeluang berjumpa dengan anak Fatimah Rabu sendiri iaitu, Saraswati, 50
Peluang berjumpa dengan Saraswati sememangnya tidak pernah dirancang. Apatah lagi di awal kedatangan wartawan AL ISLAM pada petang minggu itu, Saraswati yang agak malu-malu, lebih suka suamim Silvraj, 59 melayan penulis.

Bagaimanapun, apabila soalan demi soalan ditanya, khususnya cerita mengenai wanita bernama Fatimah Rabu, Saraswati yang kerap berlindung di pintu rumah pondok di dalam kawasan perkuburan itu memulakan bicara. Sekalipun tidak fasih berbahasa Melayu, Saraswati dengan pertolongan anak lelakinya, Ganeson Silvraj, yang kebetulan datang melawat keluarga bersama isterinya, Kasturi, berminat apabila nama Fatimah Rabu menjadi topik perbualan.
Dengan mengenakan syarat untuk tidak merakamkan gambarnya, Saraswati mengakui dia adalah anak kepada Fatimah Rabu. Katanya, wanita itu adalah ibunya yang telah menetap di atas tanah perkuburan Yahudi itu sejak bertahun-tahun lamanya bersama bapanya, Aligar Muniandy.
“Saya tahu ibu saya adalah seorang Islam. Nama dalam kad pengenalannya juga adalah nama nama Islam. Tetapi kami tidak pernah bertanya, mengapa ibu saya mengahwini bapa saya yang bukan beragama Islam.
“Saya juga tahu adik kepada ibu saya juga seorang Islam, dan dialah satu-satunya adik ibu saya. Dia pernah menemui kami di sini. Tetapi saya tidak tahu nama kerana ketika itu saya hanva bausia 12 tahun. Itulah sekali dia mcngunjungi ibu saya sehinggalah ibu saya meninggal pada 7 Disember 2002.”, katamya lanjut.
Saraswati terus bercerita, hasil daripada perkahwinan ibu dan bapanya, lahirlah seramai sembilan orang anak, empat perempuan dan lima lelaki. Kata Saraswati, di situlah mereka adik-beradik membesar.
Bagaimanapun ketika diaju mengenai pegangan agama yang diamalkan, Saraswati berkata, “Tujuh daripada adik-beradik kami mengikut agama bapa, iaitu Hindu. Cuma dua orang, seorang lelaki yang bernama Azmi, dan seorang perempuan bernama Fauziah yang mengamalkan Islam.”
Tetapi menurut Saraswati, dia tidak pernah lagi berjumpa dengan adik beradik yang beragama Islam. Malah mereka tidak pernah berjumpa Saraswati apatah lagi adik-beradik yang lain. Cuma cerita Saraswati, berita terakhir vang diterima, Fauziah telah pun berkahwin dengan lelaki yang berasal dari Kelantan. Manakala Azmi tidak diketahui khabarnya.
Hari semakin petang. Namun, Saraswati yang pada mula-mula ditemui agak pendiam, tanpa diminta telah menunjukkan kepada penulis, gambar ibunya. Itulah satu-satunya gambar bersaiz pasport yang masili disimpan oleh Saraswati. Benarlah, wanita tua yang berada di dalam gambar itu adalah gambar wanita Melayu. Bukan kacukan India atau bangsa lain. Rupanya memang Melayu asli. Ini Fatimah Rabu.
Soalnya, apakah kerana perkahwinan ini, Fatimah Rabu `melepaskan’ statusnya sebagai seorang Islam? Ganeson, cucu kepada Fatimah Rabu mencelah; “Waktu itu mungkin amalan agama Fatimah Rabu tidak begitu kuat. Apatah lagi, di zaman Jepun, Islam masih tidak begitu mendalam dan dihayati oleh orang Melayu.
“Mungkin inilah keadaan yang berlaku kepada tok saya. Kerana jahil tentang Islam, tok berkahwin dengan tok wan saya. Tapi kami tahu dia adalah seorang Islam. Kami tidak pernah mempertikaikannya,” ujar Ganeson.
Ditanya apakah perkahwinan tersebut tidak mendapat bantahan, Saraswati menjelaskan, pada zaman tersebut, perkahwinan mungkin tidak didaftarkan. Tidak seperti hari ini, pelbagai prosedur perlu diikuti termasuk mendaftarkan setiap perkahwinan. Apatah lagi apabila Fatimah Rabu dikahwinkan oleh seorang rabai Yahudi, maka tiada pendaftaran perkahwinan yang dibuat.
Bagaimana pula dengan amalan Islamnya? Persoalan tersebut dibiarkan begitu sahaja tanpa ada jawapan yang diberikan. Tetapi sesuatu yang pasti, Fatimah Rabu, dikuburkan di kawasan perkuburan Islam!
Saraswati terus masuk ke dalam rumah pondok yang didiami. Selang beberapa minit, dia keluar dengan dua keping gambar sambil memberikan kepada kami. “Inilah gambar kubur ibu saya. Dia dikuburkan di sini kerana dia seorang Islam,” ujarnya.
Pun begitu, jelas Ganeson, sebagai cucu yang mengetahui pegangan agama toknya, hasrat untuk mengebumikan Fatimah Rabu di kawasan perkuburan Islam yang terletak di Masjid Jamek Hashim Yahya, Kampung Dodol, sememangnya telah ada. Bahkan anak-anak Fatimah Rabu yang beragama Hindu juga bersetuju untuk menempatkan jasad Fatimah Rabu di tanah perkuburan Islam.
“Sebaik tok saya meninggal, saya telah melaporkannya kepada polls. Dan, apabila polls melihat kad pengenalan tersebut tertera nama Fatimah Rabu clan beragama Islam, maka polis mengarahkan supaya jenazahnya ditanam di kawasan perkuburan Islam.
“Memang itulah hasrat kami. Dikuatkan dengan arahan polis, kami telah memberitahu imam di kariah ini untuk menguruskan jenazah Fatimah Rabu mengikut cara Islam. Fatimah Rabu dimandikan, dikapankan dan disembahyangkan cara Islam sebelum dibawa untuk ditanamkan di perkuburan Islam,” jelas Ganeson. Tanpa ada rasa kekok menceritakan perbezaan anutan agama, Ganeson berkata, “Walau apa pun bangsa dan agama dia, Fatimah Rabu adalah tok saya. Saya dan keluarga masih melawat dia di perkuburan Islam, kerana kami adalah waris-warisnya,” ujarnya.
Kebiasaannya keluarga Saraswati termasuk cucu Fatimah Rabu, Ganeson dan isteri, Kasturi, akan menziarahi kuburnya, terutama apabila tiba Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Bukan itu sahaja, apabila teringatkan Fatimah Rabu, mereka akan menziarahinya pada bila-bila masa. Begitulah akrabnya hubungan keluarga yang berlainan agama dan bangsa!
Sumber eksklusif::
Majalah Al Islam, 2009
komen dolahkayu:
perkara ni terjadi atas desakan dan situasi perang.
apa-apa boleh terjadi.
apa yang lepas dah terlepas,bahkan penama pun dah
kembali kepada-NYA..
yang boleh dibuat adalah seruan dan ajakan kembali
kepada Islam kepada anak-cucu yang ada.
walaupun tiada paksaan dalam beragama, menjadi
tugas setiap muslim mengajak sekalian manusia kepada
Islam. Apatah lagi kepada anak-cucu seorang muslim.
Ustaz Farhan Abdullah (bekas anak paderi sabah) sering
ke pulau pinang mengajar. jadi boleh minta tolong dia.
yang terbaru, di selangor ni, ada dua orang murtad dah berjaya
beliau pulihkan dan kembali kepada Islam.
PAS Penang tentu kenal beliau, setidak-tidaknya kenal sahabat
beliau di sana.
Aku tak nak publish no dia. Selama ni pun ramai ejen kristian dok
buat mcm-mcm nak 'jimatkan' dia. Cuma setakat ni rezeki beliau
masih ada, ALLah masih lindungi dia..
Saturday, March 7, 2009
rakyat bukan tunggul
semua lepas juga keluar dari masjid negara
dan mula memenuhi jalan
akan ditumpaskan kebatilan yang dirancang ..
tidak cukup dengan itu, polis pacak diundurkan..
pasukan bantuan ketiga masuk ke gelanggang..
sebelum itu telah sedia di depan pasukan utama menembak
disamping platun polis pacak bersenjatakan
pistol air dalam seluar masing-masing

